TUGASAN SPESIFIK
Aspek Perincian Markah
Pengenalan
1. Konsep demokrasi berparlimen
5 markah
Isi dan huraian
2. Latar belakang pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita
5 markah
3. Ciri-ciri demokrasi berparlimen
30 markah
4. Manfaat / Faedah / Kebaikan sistem demorasi berparlimen pada bangsa dan negara
10 markah
5. Peranan warganegara dalam menjayakan demokrasi berparlimen
10 markah
6. Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia / Menjamin kemakmuran sosioekonomi negara
10 markah
7. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjadi kunci kepada kestabilan politik di Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
10 markah
8. Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut
5 markah
9. Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
5 markah
Kesimpulan
10. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
c) Harapan menjadikan
5 markah
PERATURAN PEMARKAHAN
Soalan 1 : Konsep demokrasi berparlimen ( 5 markah )
• Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.
• Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
• Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
• Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya
• Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada.
• Penukaran ini boleh dilakukan melalui pilihanraya.
• Sistem raja berperlembagaan ialah sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi.
• Raja menjadi pemerintah tertinggi negara dan negeri.
• Pemerintah dibantu oleh perdana menteri
Soalan 2 : Latar belakang pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita( 5 markah )
• Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
• Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi.
• Iaitu sistem raja berperlembagaan dan sistem republik
• Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan rajaberperlembagaan.
• Malaysia mengamalkan sistem ini sejak negara mencapai kemerdekaan 1957
• Sistem raja berperlembagaan ialah sistem pemerintahan yang mengekalkan rajasebagai pemerintah tertinggi.
• Raja menjadi pemerintah tertinggi negara dan negeri.
• Pemerintah dibantu oleh perdana menteri
• Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
• Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasiberparlimen di negara kita.
• Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbirandengan perkembangan politik semasa.
Soalan 3 : Senaraikan Ciri-ciri demokrasi berparlimen ( 5 markah )
• Perlembagaan
• Raja Berperlembagaan
• Parlimen
• Pilihan raya
• Kuasa Pemerintahan
• Parti-parti Politik
• Kebebasan asasi
• Soalan 3 : Ciri-ciri demokrasi berparlimen ( 30 markah )
PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi
• Perlembagaan menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan
• Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi
• Dalam perlembagaan terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduankepada kerajaan
• Kerajaan melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
• Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara
• Hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat melaluiperuntukan yang terkandung di dalamnya.
• Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara
• Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan
• Sebagai contohnyasenarai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, institusi yangdiPertuan Agong, Parlimen , Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
• Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
• Jawatan Yang DiPertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.
• Yang DiPertuan Agong merupakan tonggak negara
• Baginda menjadi ketua utama negara.
• Baginda merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.
• Baginda bertindak berdasarkan perlembagaan Malaysia
• Baginda juga bertindak berdasarkan nasihat Perdana Menteri.
• Semasa menjalankan tugasnya , baginda tidak boleh bertindak sendirian.
• Baginda hanya boleh bertindak dalam perkara tertentu yang memerlukan budibicara baginda untuk membuat keputusan.
• Yang DiPertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu.
• Raja-raja Melayu ini daripada sembilan buah negeri Melayu.
• Baginda dipilih secara bergilir-gilir setiap 5 tahun sekali
• Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia
• sejak merdeka sehingga kini.
• Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita.
• Sistem ini memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat
• yang dinaungi oleh raja.
KUASA PEMERINTAHAN
• Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa .
• Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada 3 cabang.
• Iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman.
• Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan.
• Hal ini untuk mengekalkan pembolotan kuasa.
BADAN PERUNDANGAN
• Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan
• yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.
• Fungsi badan perundangan adalah mengubal undang-undang bagi menjamin
• keadilan dan kesejahteraan rakyat.
BADAN PELAKSANA
• Jemaah Menteri atau kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan
• Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.
• Tugas Jemaah Menteri/Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara
• Perdana Menteri merupakan ketua Jemaan Menteri.
BADAN KEHAKIMAN
• Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayan
• Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan dan pihak Badan Pelaksana.
• Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri.
PARLIMEN
• Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita.
• Parlimen terdiri daripada Yang DiPertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
• Dewan Negara atau senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahannegara kita.
• Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli .
• Ahli Dewan Negara digelar senator.
• Mereka mewakili setiap negeri
• Mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya.
• Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum.
• Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli
• Mereka mewakili semua kawasan pilihanraya di seluruh negara.
PILIHANRAYA
• Pilihanraya ialah proses memilih wakil rakyat.
• Wakil rakyat ini akan mentadbir samada pada peringkat negeri atau persekutuan.
• Pemilihan ini dilakukan secara sulit.
• Hal ini dilakukan dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
• Pengiraan undi dibuat secara terbuka.
• Keputusannya direkodkan.
• Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
• Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.
• Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh suruhanjaya pilihanraya (SPR)
• Pilihanraya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli DewanUndangan Negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia.
• Di Sabah dan Sarawak pula, pilihanraya umum bagi Dewan Rakyat dan DewanUndangan Negeri dijalankan secara berasingan.
PARTI-PARTI POLITIK
• Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politikuntuk mencapai matlamat bersama-sama.
• Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa.
• Ahi-ahlinya membayar yuran keahliaan.
• Mereka memberi kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti.
• Selain ideologi politik sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti.
• Contohnya parti pertubuhan kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Setanah Melayu (MCA) dan Kongress India Tanah Melayu (MIC)
• Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.
KEBEBASAN ASASI
• Kerajaan menjaga dan melindungi hak asasi rakyat.
• Rakyat bebas menyuarakan pendapat mengikut garis panduan perlembagaan.
Soalan 3 : Ciri-ciri demokrasi berparlimen ( 30 markah )
• Ciri Demokrasi berperlembagaan yang pertama ialah perlembagaan.
• Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan dandijadikan dokumen rasmi kerajaan.
• Perlembagaan mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara
• Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.
• Perlembagaan Malaysia 1963mengandungi 183 perkara yang menjamin kerajaanmenunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yangg terkandung didalamnya
• Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, institusi Yg Di-Pertuan Agong, Parlimen , Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman
• Perlembagaan menetapkan Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan negara persekutuan.
• Negeri-negeri yang bergabung diberi hak , kuasa dan tanggungjawab seperti dalam Perlembagaan Negeri.
• Perlembagaan Malaysia memperuntukan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama
• Ciri yang kedua ialah Raja Berpelembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
• Yang DiPertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Semasa bertugas, baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali dalam perkara tertentu yang perlu budi bicara baginda untuk membuat keputusan.
• YDPA dipilih daripada kalangan 9 orang Raja Melayu daripada 9 buah negeri Melayu secara begilir-gilir
• Pemilihan berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
• Sistem Raja Berperlembagaan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini.
• Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yangg dinaungi oleh raja.
• Ciri yang ketiga ialah Kuasa Pemerintahan
• Kuasa pemerintahan ada 3 cabang iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman
• Ketiga-tiga badan kerajaan diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
• Badan Perundangan ialah Parlimen yang dipertanggung jawab untuk menggubal undang-undang Negara kita
• Badan Pelaksana merupakan badan eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Jemaah menteri dalam melaksanakan pentadbiran Negara Malaysia
• Badan Kehakiman ialah badan yang bertanggung jawab dan berkuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
• Ciri pemerintahan Demokrasi Berparlimen ialah Raja Berpelembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dlm Perlembagaan Malaysia
• YDPA bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.
• Semasa bertugas, baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali dalam perkara tertentu yang perlu budi bicara baginda untuk membuat keputusan.
• YDPA dipilih daripada kalangan 9 orang Raja Melayu daripada 9 buah negeri Melayu secara begilir-gilir
• Pemilihan berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
• Ciri Demokrasi Berparlimen seterusnya ialah Parlimen
• Parlimen ialah Badan Perundangan yang bertanggung jawab menggubal undang-undang di negara kita.
• Parlimen terdiri daripada Yang DiPertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat
• Pilihanraya juga merupakan salah satu ciri Demokrasi berparlimen
• Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat utk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan .
• Selain itu ciri Demokrasi Berparlimen ialah Parti Politik.
• Parti politik merujuk sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama
• Parti politik akan berjuang utk mendapatkan kuasa untuk memerintah negara
• Ciri Demokrasi Berparlimen yang terakhir ialah Hak Asasi
• Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dalam Negara ini.
• Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama, dan memiliki harta.
• Dengan ini rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang undang.
Soalan 3 : Huraikan / terangkan pengagihan kuasa pentadbiran di Malaysia ( 30 markah )
NEGARA PERSEKUTUAN
• Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan.
• Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.
• Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
• Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia dapat dibahagikan kepada 3 iaitu Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
• Sebagai contoh Senarai Persekutuan merangkumi pertahanan, keselamatan dalam negeri dan kewangan.
• Senarai Negeri merangkumi Undang-Undang Islam, tanah dan kerajaan tempatan. Manakala Senarai Bersama adalah kebajikan sosial, biasiswa dan taman negara.
• Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya.
• Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja yang mempunyai kuasa terhadapnya.
• Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
KERAJAAN PERSEKUTUAN
• Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada kerajaan Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara.
• Bidang pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan.
• Badan pelaksana atau eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
• Mengikut perlembagaan Persekutuan kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Kabinet atau jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri ini di ketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.
KERAJAAN NEGERI
• Perlembagaan Malaysia memperuntukan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif itu terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.
• Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.
• Urusan pentadbiran peringkat negeri terletak pada perlembagaan negeri sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.
• Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung, Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mengandungi sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeri.
Soalan 4 : Manfaat / Faedah / Kebaikan sistem demorasi berparlimen pada bangsa dan negara
( 10 markah )
• Keselamatan rakyat dan Negara terjamin.
• Kedaulatan Negara tidak tergugat
• Keamanan Negara berkekalan
• Kemakmuran ekonomi Negara dapat dinikmati semua rakyat
• Menjamin keadilan kerajaan terhadap rakyat
• Hak asasi rakyat terjaga
• Rakyat menikmati hak yang sama rata mengikut perlembagaan
• Institusi raja dapat dikekalkan dan disanjung oleh rakyat
• Proses pilihan raya dapat dijalankan secara bebas dan adil
• Rakyat dapat memilih pemimpin yang berwibawa
• Undang-undang dapat digubal secara adil dan diterima oleh rakyat
• Rakyat dapat berjuang melalui parti politik yang disukai untuk membentuk kerajaan
• Rakyat dapat bersuara dengan bebas melalui parti politik
• Rakyat bebas menyertai mana-mana parti politik
• Kestabilan politik
• Pentadbiran Negara berjalan dengan licin
• Perpaduan kaum dapat diperkukuh
• Nilai toleransi dalam kalangan rakyat berbilang kaum
• Mana-mana yang munasabah
Soalan 5 : Peranan warganegara dalam menjayakan demokrasi berparlimen ( 10 markah )
• Rakyat Malaysia perlu menghormati sistem raja berperlembagaan
• Rakyat Malaysia mesti taat kepada raja/ pemimpin Negara
• Tidak menghina raja/pemimpin Negara
• Menghormati sistem parlimen yang terdapat di Negara kita.
• Mengiktiraf/ menghormati / menerima wakil rakyat yang telah dipilih dalam pilihanraya.
• Menerima undang-undang yang diluluskan oleh parlimen
• Mendaftar sebagai pengundi setelah berumur 21 tahun.
• Mengundi semasa pilhanraya diadakan.
• Menghormati/ menerima keputusan pilhanraya
• Melaksanakan kempen pilihanraya secara sihat
• Menunjukkan kematangan dalam membuat pemilihan peminpin.
• Menjalankan tugas dengan amanah
• Membenci/ mengelakkan amalan rasuah
• Melaksanakan semua dasar/ program kerajaan dengan komited
• Mengambil bahagian dalam setiap program yang dilaksanakan oleh kerajaan
• Menyertai parti politik yang sah disudut undang-undang
• Menghormati hak asasi rakyat Malysia yang berbilang kaum
• Berani mempertahankan hak asasi diri.
• Menghormati agama, adat dan budaya kaum lain.
• Menyertai persatuan yang sah di sisi undang-undang
• Menghormati perlembagaan Malysia.
• Mematuhi undang-undang Negara
• Menghayati konsep keluhuran perlembagaan
• Menghayati dan mengamalkan konsep Rukun Negara
• Mana-mana yang munasabah
Soalan 5 : Peranan warganegara dalam menjayakan demokrasi berparlimen ( 10 markah )
• Mendaftar sebagai pengundi
• Menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi semasa pilihanraya
• Menganggotai parti politik
• Mematuhi perlembagaan / undang-undang negara
• Menghayati semangat 1 Malaysia
• Mengamalkan Rukun Negara
• Menghormati institusi beraja
• Menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara
• Mengamalkan sikap bertoleransi antara kaum
• Mendaulatkan undang-undang negara
• Mengekalkan perpaduan kaum
• Menyuarakan pendapat pada saluran yang betul
• Merealisasikan Wawasan 2020
• Mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara
• Kebebasan beragama dihormati
• Menyokong dasar-dasar negara
• Mana-mana yang munasabah
Soalan 6: Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia / Menjamin kestabilan politik dan kemakmuran sosioekonomi negara. Buktikan ( 10 markah )
• Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun. Rakyat Mlaysia dapat memilih wakil rakyat yang berkualiti untuk memimpin Negara.
• Pilihanraya menyebabkan kerajaan komited melaksanakan pembangunan yang mensejahterakan rakyat Malaysia.
• Kuasa rakyat menentukan kerajaan yang dipilih melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
• Pemilihan pemimpin yang berwibawa menyebabkan kerajaan mendahulukan rakyat dalam semua tindakan/ rancangan/ program mereka.
• Pilihanraya yang telus mampu menarik pelabur asing ke negara kita dan ini mampu menaikkan ekonmi Negara
• .Ekonomi yang stabil mampu memberi / menambah peluang pekerjaan kepada rakyat.
• Kuasa pemerintahan yang mantap mampu melaksanakan dasar pembangunan untuk rakyat.
• Agensi kerajaan seperti FELDA ditubuhkan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum terutama kepada masyarakat luar bandar.
• Perlembagaan negara telah menjamin hak asasi setiap rakyat. Dengan ini melahirkan bangsa yang bersatu kerana semua orang menghormati antara satu sama lain.
• Penguatkuasaan undang-undang yang mantap akan menjadikan Negara kita aman, selamat, bebas untuk didiami.
• Badan kehakiman yang mantap mampu menjadikan Malaysia lebih dihormati pada peringkat antarabangsa.
• Demokrasi berparlimen melahirkan masyarakat intelek yang matang kerana mereka diberi kekebasan untuk menyuarakan pendapat.
• Raja Berperlembagaan mampu menyatukan rakyat Malaysia kerana Raja merupakan simbol perpaduan rakyat
• Mana-mana yang munasabah
Soalan 6: Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia / Menjamin kestabilan politik dan kemakmuran sosioekonomi negara. Buktikan ( 10 markah )
• Meningkatkan pelaburan asing
• Perpaduan dapat diwujudkan
• Ekonomi negara dapat berkembang dengan pesat
• Negara pelopor hub halal dunia
• Menjadi pusat pendidikan global / penubuhan ipt/ipts
• Sistem perbankan Islam menjadi contoh kepada negara lain
• Pembangunan negara/insfrastruktur/perbandaran berkembanga pesat
• Kewujudan pusat bioteknologi
• Pengeluar komoditi utama dunia/getah/kelapa sawit
• Menjadikan pertanian satu perniagaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat
• Memajukan sumber negara secara optimum
• Mewujudkan Zon Perdagangan Bebas
• Menyediakan pelabuhan/lapangan terbang bertaraf dunia
• Taraf hidup rakyat semakin meningkat/mengurangkan kemiskinan
• Pendapatan per kapita negara meningkat
• Menurunkan kadar inflasi/hutang negara
• Setiap kaum bebas mengamalkan cara hidup/kepercayaan masing-masing
• Jurang pendapatan antara kaum dapat dikurangkan
• Tranformasi dalam pendidikan
• Kebajikan rakyat dipelihara/pemberian BRIM
• Meningkatkan semangat patriotism
• Imej negara dipandang tinggi oleh negara luar
• Memperkenalkan jenama Malaysia BEST
• Pengeluaran biofuel minyak sawit
• Memperkenalkan pengangkutan tambang murah
• Perlaksanaan e-dagang
• Sistem kewangan negara kukuh
• Mana-mana yang munasabah
Soalan 6: Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia / Menjamin kestabilan politik dan kemakmuran sosioekonomi negara. Buktikan ( 10 markah )
• Rakyat dapat hidup dalam keadaan aman hasil kestabilan politik negara
• Rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi negara
• Rakyat dapat membantu kerajaan mengekalkan keharmonian negara
• Rakyat dapat berkongsi kemakmuran negara dengan kaum lain
• Rakyat dapat memilih pemimpin dengan teratur
• Rakyat dapat hidup dengan selesa
• Rakyat dapat hidup bersatu padu
• Rakyat dapat jaminan terhadap hak asasi masing-masing
• Rakyat dapat kebebasan berpesatuan
• Rakyat bebas menganuti agama masing dan memiliki harta
• Rakyat mendapat pembelaan dengan sistem perundangan yang ada
• Rakyat mendapat keadilan
• Rakyat dapat menentukan bentuk kerajaan / corak pemerintahan
• Mana-mana yang munasabah
Soalan 7: Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjadi kunci kepada kestabilan politik di Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut ( 10 markah )
• Politik Negara kita stabil
• Wujud perpaduan kaum
• Mengekalkan keharmonian rakyat
• Menjamin keamanan negara
• Mengamalkan kebebasan beragama
• Menjamin kebebasan bersuara memilih kerajaan
• Memelihara hak asasi rakyat
• Meningkatkan hubungan diplomatic
• Menjamin hak istimewa orang Melayu
• Menjamin kedudukan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak
• Tidak mempersoalkan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak
• Menjamin kepentingan sah kaum-kaum lain
• Negara diiktiraf oleh badan dunia
• Sistem pentadbiran negara dijadikan contoh
• Pemimpin negara dijadikan contoh
• Menjamin kerjasama antara kerajaan pesekutuan dan negeri
• Mengelakkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat keamanan
• Mengekalkan kedaulatan negara
• Mengelakkan maruah negara tercemar
• Mengukuhkan pertahanan negara
• Mengekalkan pemusatan kuasa kerajaan persekutuan
• Memupuk sikap menghormati pemimpin negara
• Menghayati amalan demokrasi berparlimen
• Melicinkan pentadbiran negara
• Mengelakkan salah guna kuasa
• Meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran
• Mana-mana yang munasabah
Soalan 8: Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut
( 10 markah )
Cabaran:
• Terdapat pertubuhan yang tidak berdaftar
• Campur tangan / tekanan negara maju/ kuasa luar
• Rakyat tidak matang dalam berpolitik
• Kurangnya perpaduan dalam negara / perpecahan kaum
• Wujud isu-isu sensentif / isu keagamaan
• Amalan yang mengancam keselamatan negara / Berdemostrasi / rusuhan / ajaran sesat
• Segelintir rakya tidak bertanggungjawab terhadap negara sendiri. Sebagai contohnya tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun telah layak
• Segelintir rakyat tidak mempunyai semangat cinta akan negara
• Segelintir rakya tidak patuh kepada undang-undang negara
• Segelintir rakya tidak menghormati adat resam dan budaya masyarakat lain
• Segelintir rakya/ Pemimpin tidak amanah terhadap tugas yang diberikan / pecah amanah / rasuah
• Menghina Negara/pemimpin Negara
• Ledakan globalisasi / ICT
• Mana-mana yang munasabah
Langkah mengatasi
• Pendaftaran pertubuhan secara sah
• Kempen pilihan raya yang adil/mengikut garis panduan SPR
• Melaksanakan / Menyokong Konsep 1Malaysia
• Mengadakan Kempen anti rasuah
• Mengamalkan integriti dalam pentadbiran
• Penambahan dan peningkatan ilmu pengetahuan
• Memperkukuhkan jati diri
• Melahirkan modal insan yang berkualiti/seimbang/matang
• Meningkatkan semangat patriotisme
• Merapatkan hubungan silaturrahim
• Memperkasa system pendidikan Negara/ menjayakan PPPM
• Mematuhi prinsip Rukun Negara
• Didikan agama yang sempurna/moral/kerohanian
• Menghormati agama kaum lain
• Menguatkuasakan undang-undang
• Mematuhi undang-undang untuk menjamin keselamatan
• Menyanjungi perlembagaan negara
• Mengetahui had kebebasan hak asasi masing-masing
• Tidak membicarakan isu-isu yang sensetif yang boleh memecah-belahkan kaum
• Tidak terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan keamanan
• Menjadi warganegara yang produktif untuk pembangunan negara
• Mana-mana yang munasabah
Soalan 9 : Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ( 5 markah )
• Memperkasa perpaduan masyarakat berbilang kaum/agama/budaya
• Mengekalkan keamanan/keharmonian/kesejahteraan rakyat berbilang kaum
• Meningkatkan kemajuan/kemakmuran ekonomi
• Mewujudkan kestabilan politik di Malaysia
• Membina sikap toleransi antara masyarakat berbilang kaum
• Bersedia melaksanakan dasar-dasar kerajaan/ negara
• Menyuburkan budayabermuafakat/musyawarah dalam masyarakat berbilang bangsa
• Memupuk semangat bertanggungjawab dalam memajukan negara
• Menyuburkan daya kreatif./inovatif dalam kalangan masyarakat
• Membina masyarakat yang akur/mematuhi undang-undang/peraturan
• Menerima prinsip/amalan perkongsian kuasa dalam Negara Persekutuan
• Meningkatkan kecekapan/kelancaran jentera pentadbiran negara
• Memperkukuh semangat patriotik/cintakan Negara
• Mengukuhkan kesepakatan /persefahaman antara pemimpin dan rakyat
• Mana-mana yang munasabah
Soalan 10 : Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
c) Harapan menjadikan ( 5 markah )
Pengetahuan:
• Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
• Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksanaan, dan Badan Kehakiman.
• Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran.
Iktibar
• Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara.
• Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjaminkestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
• Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara.
• Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia.
• Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara.
Harapan
• Setiap rakyat haruslah bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia.
• Semua rakyat perlulah mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi kemakmuran negara.
• Kejayaan amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan akan membawa Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
0 Komen untuk "BAHAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014 (NEGERI SEMBILAN)"