Ilmu Maya

Blog yang diisi dengan perkongsian info pendidikan, info pelajaran, tips belajar, tips lulus peperiksaan, soalan peperiksaan, soalan percubaan SPM, nota nota pelajara.

Format dan Contoh Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD 2014


Perubahan Format Peperiksaan PTD


Format untuk peperiksaan 1 NOVEMBER 2014 ini adalah format terbaru peperiksaan khas Pegawai Tadbir Diplomatik. Jika sebelum ini peperiksaan berkisar kepada empat (4) penilaian utama iaitu berkaitan pengetahun Am dan daya menyelesaikan masalah, esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris, format kali ini dua seksyen esei dibuang dan digantikan dengan Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik (30 Soalan sahaja? – pelik!)

Medium peperiksaan online kali ini agak mendebarkan calon terutama kepada calon yang ada pengalaman peperiksaan online SPA bermula MEI 2014. Mengikut rekod, peperiksaan Online SPA yang lalu memberikan pengalaman yang kurang baik kepada ‘first-timer’. Banyak masalah teknikal yang dihadapi. Tetapi harapannya sesi kali ini berjalan dengan lancar

Anda harus tahu juga yang Gred 41 telah mula menggunakan sistem MyRecruitment yang sebelum ini hanya untuk menapis calon lulusan ijazah bagi beberapa jawatan khusus Gred 41 seperti Pegawai Tadbir Diplomatik. Ringkasnya, sebelum sampai ke temuduga calon akan melalui 2 peringkat saringan iaitu peperiksaan bertulis/online (yang bakal anda hadapi) dan sekiranya berjaya anda akan dibawa menduduki sesi “Program Assessment Center (PAC)” sebelum ke sesi temuduga.

Tetapi mengikut maklumat TERKINI, tiada sesi PAC untuk jawatan peperiksaan 1 NOVEMBER ini. Anda yang berjaya akan terus ke sesi temuduga. Selepas selesai dan berjaya sesi temuduga, calon akan dimasukkan ke SKIM KADET PTD .TETAPI, jika ada perubahan dan anda tiba-tiba dipanggil ke PAC, tak perlu risau mengenai PAC ini kerana mereka di Tim Infokerjaya sudah membantu ramai calon menduduki sesi PAC ini. Risalah PAC akan menjadi milik anda secara percuma sebagai BONUS pembelian anda kali ini sejurus selepas panggilan PAC dikeluarkan nanti. Ianya akan dihantar melalui email yang anda gunakan semasa pembelian.

Jadi buat masa ini, fokus untuk berjaya dalam peperiksaan online ini terlebih dahulu. Jadi bagaimana dengan format yang anda tahu?

Pecahan Format Peperiksaan Online PTD


Formatnya 3 Seksyen sahaja tetapi mengikut penilitian Tim Infokerjaya sepanjang lebih kurang 5 tahun membantu calon (sejak tahun 2009) dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam, setiap seksyen dipecahkan lagi. Anda beruntung kerana memilih untuk memiliki pakej ini kerana hal ini tidak diketahui oleh calon yang lain kecuali mereka yang memiliki naskhah ini. Kami namakan ianya sebagai “pecahan dalam pecahan”!


  • Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik

Bilangan Calon PTD 2014


Saya mendapat perkhabaran yang sungguh mengejutkan, bilangan calon PTD yang akan menduduki peperiksaan online kali ini melebihi 70 000 orang. Wow!!! Sungguh ramai bukan?

Jadi macam mana nak bersaing?

Salah satunya adalah membuat persediaan dengan memiliki panduan peperiksaan peperiksaan online PTD yang akan mula dibuka jualan pada 25/10/2014. Daftar nama dan emel anda melalui borang di bawah supaya senang kami sampaikan maklumat berkenaan panduan peperiksaan online tersebut yang akan mula dijual mulai 25/10/2014 :


Powered byEMF Online Form Builder


0 Komen untuk "Format dan Contoh Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD 2014"

 
Copyright © 2014 Ilmu Maya - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info